Saturday, October 31, 2009

Sekolah Satu Aliran Asas Perpaduan

Sekolah satu aliran asas perpaduan
Ku SemanKu Hussain

KEGAGALAN menzahirkan sekolah satu aliran selepas lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan adalah manifestasi “perpaduan” di negara ini. Usaha membina dan menyuburkan perpaduan menjadi begitu retorik apabila asasnya pada sekolah satu aliran tidak berupaya dilakukan.

Ini kerana sesetengah pemimpin politik masih terkepung dengan sentimen melulu tentang identiti kaum hingga menolak teras pembinaan sebuah negara bangsa.

Isu sekolah satu aliran yakni tidak ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bukan perkara baru. Isu ini telah dibangkitkan sejak lama dulu oleh pihak yang melihat kepentingan perpaduan melampaui sentimen kaum. Tetapi malangnya ada kalangan pemimpin politik Melayu tidak berani mengambil risiko politiknya. Sementara kalangan pemimpin politik bukan Melayu pula melihat ini sebagai penghapusan identiti kaum masing-masing.

Sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu tetapi sekolah untuk semua kaum. Sekarang ini pun orang Melayu tidak mempunyai sekolah sendiri berbanding Cina dan India yang mempunyai sekolah jenis kebangsaan. Pemimpin politik bukan Melayu gagal mewaraskan kaum mereka bahawa sekolah satu aliran adalah sekolah semua anak Malaysia.
Sebenarnya kegusaran atau sengaja kelihatan gusar bahawa sekolah satu aliran akan menghapuskan identiti kaum adalah suatu yang melulu. Kalau benar sekalipun sekolah satu aliran menghapuskan identiti kaum mereka sepatutnya lebih memikirkan perpaduan dalam negara pelbagai kaum. Perpaduan di mana-mana negara sekalipun adalah tunggak kemajuan. Tidak ada perpaduan bermakna tidak ada kemajuan yang berterusan. Tetapi hakikat dan falsafah sekolah satu aliran di negara ini sama sekali tidak ke arah menghapuskan identiti mana-mana kaum.

Sekolah satu aliran akan membina kebanggaan bersama sebagai warganegara apabila menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu bahasa Melayu, sistem pembelajaran yang sama dan menikmati kemudahan pendidikan yang sama. Persamaan inilah yang menjadi titik mula bagi seseorang warganegara menganggap tiada perbezaan walaupun berlainan kaum. Inilah yang dinamakan perpaduan.

Orang bijak pandai ada berkata, kalau mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maknanya masa kecil lagi diasuh hidup dan berinteraksi dengan kaum lain, menggunakan satu bahasa dan memahami budaya rakan sebaya. Tetapi hal ini tidak akan berlaku kalau diberi kelonggaran orang Cina dan India mempunyai sekolah pengantar bahasa ibunda sendiri. Hanya orang Melayu saja yang mengisi sekolah kebangsaan, itu bukan sekolah orang Melayu.
Ungkapan “perpaduan” menjadi semakin memualkan apabila kalangan pemimpin politik tidak berani bertegas untuk membina perpaduan. Perpaduan menjadi barang mainan dan kita telah membuang banyak tenaga dan masa untuk mengisi retorik perpaduan sedangkan kita tidak berani membina asas perpaduan yang kukuh.

Perpaduan tidak boleh tercapai hanya dengan berkempen dengan slogan semata-mata. Perpaduan bukan benda yang boleh ditampal tetapi mesti tumbuh dan subur secara semulajadi.

Melampaui

Sekolah satu aliran harus dilihat melampaui kepentingan politik yang sempit dan sengkek, tidak kiralah sama ada kalangan Melayu atau bukan Melayu. Modul perpaduan menerusi sekolah satu aliran ini tidak wajar dikorbankan hanya kerana mahu menjaga kepentingan dalam politik.
Apakah maknanya kejayaan dan kepentingan politik kalau selepas setengah abad mencapai kemerdekaan kita tidak menggapai perpaduan? Ini satu kegagalan berpolitik sebenarnya.
Gelombang isu yang menjurus kepada sekolah satu aliran kali ini agak hebat. Kalau dibandingkan dengan sebelum ini, kali ini seolah-olah membawa petanda kewarasan kalangan pemimpin politik Melayu, bukan Melayu dan juga kalangan pembangkang. Biarpun ada kalangan pemimpin politik bukan Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu yang jumud tetapi nada yang lain memperlihatkan keyakinan.

Walau apa sekalipun, gelombang politik Melayu mesti menjadi peneraju supaya gagasan sekolah satu aliran menjadi kenyataan. Tanpa berpaksikan kepada sentimen kaum, pemimpin politik Melayu tidak ada alasan untuk menangguh perlaksanaan sekolah satu aliran. Kalau mereka berkata belum sampai masanya, katakan secara tegas bila masa yang sesuai untuk sekolah satu aliran? Rakyat sudah tidak mahu lagi sikap cuci tangan dan berdolak dalik.
Selepas politik Melayu gagal meletakkan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, apakah mereka juga mahu mencipta kegagalan untuk membina asas perpaduan dengan sekolah satu aliran?

Apabila bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga atau keempat di negara ini, masa depan sekolah kebangsaan juga akan senasib dengan bahasa Melayu.
Apakah kita masih boleh bercakap tentang “perpaduan kaum” kalau semua warganegara hanya memahami dan mengenali kaum lain selepas mereka di alam pekerjaan? Ini kerana masa kanak-kanak mereka telah dipisahkan oleh sistem pendidikan yang membenarkan sekolah berdasarkan kaum? Meminjam gelombang sekolah satu aliran kali ini yang agak besar, semua pihak mesti mencari kewarasan dengan mengenepikan perjuangan politik kaum yang sempit. Kita perlu kembali menelaah Penyata Razak (1956) yang menekankan tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan untuk membina perpaduan kalangan pelbagai kaum. Kalangan bukan Melayu mesti diyakinkan bahawa sistem dan dasar pendidikan negara ini tidak pernah mempunyai agenda menghapuskan identiti kaum bukan Melayu.
Di sekolah kebangsaan mereka masih boleh mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Agenda utama sekolah satu aliran adalah membina asas perpaduan dan kalau tidak ada asas, berkurunlah kita akan bercakap perkara yang sama tanpa sebarang hasil.

(UTUSAN MALAYSIA 1 NOVEMBER 2009)

Wednesday, October 28, 2009

Perhubungan Antarabangsa






Orientasi dasar luar
- orientasi dasar yang mempengaruhi dasar luar Negara lain.

Orientasi dasar luar

Undang-undang Antarabangsa
Definisi Undang-undang Antarabangsa
Sumber Undang-undang antarabangsa
- Undang-undang adat ( Customary law)
- Perjanjian ( treaties or convention)
- Prinsip-prinsip am undang-undang yang diiktiraf oleh Negara-negar bertamadun.
- Keputusan Mahkamah tempatan dan Antrabangsa
- Penulisan sarjana Undang-undang.

1. Undang-undang adat
2. Perjanjian-perjanjian Antarabangsa
- persetujuan secara bertulis antara Negara-negara yang mewujudkan tangggungjawab yang perlu ditunaikan oleh Negara-negara yang menandatanganinya.

Bilateral ( 2 hala) multilateral ( banyak Negara)
International Court of Justice (ICJ) 15 hakim-9 tahun- hakim dilantik oleh AS & Rusia
- hakim Negara terlibat boleh dilantik.

12. Kekuasaan
- alat( cara) bergantung kpd atau berdasarkan keupayaan.

Teori Morgenthau
- factor-faktor yang menjadikan sesebuah negara berkuasa
i. Kuasa politik- politik dalaman & antarabangsa-3 pola asas
- untuk mengekalkan kuasa ( status quo)
- untuk menambah kuasa ( imperalisme)
- memperlihatkan kuasa ( polisi prestij)
ii. Kuasa status quo ( kedudukan sedia ada)
iii. Konsep imperalisme
- imperalisme ketenteraan
- imperalisme ekonomi
- imperalisme kebudayaan

Dasar prestij contoh demonstrations of military force ( pamer kekuatan)

Model pengaruh sebagai alat

A pengaruh B
B buat X



Konsep kuasa
Kuasa terdiri daripada unsur
- tindakan untuk mempengaruhi Negara lain.
- Keupayaan untuk mempengaruhi negara lain.
- Sambutan terhadap tindakan tersebut.

Keupayaan
Variable lain boleh diubah-ubah
jumlah (kuantiti) & kualiti keupayaan yang ada pada sesebuah Negara.
kemahiran @ kebolehan mengerahkan keupayaan untuk mendukung matlamat.
kebolehpercayaan ugutan & hadiah yang ditawarkan.
tahap keperluan & kepengantungan.
setakat manakah adanya perasaan sambutan di kalangan negara sasaran.

Bagaimana pengaruh dijalankan
pujuk gesaan (harap sambutan yang baik)
tawaran hadiah imbalan ( tawaran yang baik)
pemberian imbalan
ugutan untuk melakukan tindakan menghukum (- ugutan & ancaman positif, ugutan untuk tarik balik sesuatu)
mengenakan hukuman yang tidak melibatkan kekerasan.
paksaan

pola pengaruh dalam system antarabangsa
perhubungan secara faham-faham
- hubungan muslihat
- hubungan ugutan
- hubungan paksaan

13 keseimbangan
- keadaan atau suasana di sesebuah Negara tidak berkeupayaan untuk mengenakan paksaan ke atas Negara-negara lain sama ada dari segi kuasa tentera, ekonomi dan sebagainya.

Konsep keseimbangan kuasa
-Keseimbangan kuasa sebagai satu status
-keseimbangan kuasa sebagai satu tindakan.

Pola-pola keseimbangan kuasa
- persaingan langsung ( sesuatu Negara ingin menguasai Negara lain maka Negara tersebut beri tentangan)
- Persaingan tidak langsung ( 2 negara mempunyai keinginan menguasai Negara yang sama)

Kaedah-kaedah keseimbangan kuasa (teknik)
i. campur tangan & peperangan ( inverventation & war)
ii. pampasan & pembahagian( compensation & partition)
iii. pecah & takluk
iv. Mewujudkan Negara penampan
v. Pakatan ( alliance)

Fungsi keseimbangan kuasa
i. mengelakkan kekerasan & peperangan
ii. mengekalkan identiti sesebuah Negara.
iii. Mengekalkan system kebanyakan Negara.

Persamaan dan perbezaan antara keselamatan bersama dengan keseimbangan kuasa.
Masalah-masalah pelaksanaan kselematan.
i. Ketiadaan institusi & suasana social politik yang sesuai dan berkesan melaksananya.
ii. Ketepikan penting diri sendiri.
iii. Dasar luar sesebuah Negara.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- 24 OKTOBER 1945
Matlamat dan dasar PBB
- elakkan peperangan
- memperteguhkan semula keyakinan terhadap hak asasi manusia, kehormatan & harga diri, hak lelaki & perempuan, Negara kecil dan besar.
- Mewujudkan rasa bertanggungjawab, memelihara undang-undang antarabangsa kemajuan masyarakat dan tingkat taraf hidup.


Organisasi PBB
1. Perhimpunan Agung
2. Majlis Keselamatan- Ahli tetap- 5 negara- AS, Rusia, China, Britain & Perancis
-Ahli ( 10 negara)-2 tahun khidmat- dilantik perhimpunan agung.
3. Sekretariat-pentadbiran
4. Majlis ekonomi dan social ( 54 ahli- New York, Geneva)- rangka aktiviti program,
UNESCO,dll.
5. Majlis amanah
6. mahkamah keadilan antarabangsa.

Isu-isu perhubungan antarabangsa
Konflik persempadanan kawasan ( Iraq & Kuwait)
Konflik mengenai siapa mengawal kerajaan ( Singapura & Malaysia)
Konflik ekonomi terhadap perdagangan, matawang, sumber asli dan sebagainya.
Konflik Etnik ( Bosnia dan Kosovo)
Konflik Agama
Konflik Ideologi.

PAS rampas KT



Amat mengejutkan kekalahan calon BN di pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini. Dengan kemenangan PAS dengan majoriti 2,631 undi dengan PAS memperolehi 32,883 undi manakala BN hanya memperolehi 30,252 undi. Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua BN selepas pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Persoalannya kini kenapa kekalahan ini berlaku lagi setelah BN bernekad mempertahankan kawasan tersebut. Adakah BN atau UMNO tidak lagi diterima dan ditolak oleh rakyat Malaysia kini? Adakah agenda pembangunan yang dibawa UMNO atau BN untuk penduduk Kuala Terengganu tidak dapat diterima lagi kini? Masih relevan lagi UMNO khususnya bagi orang melayu di negara kita yang tercinta ini. Setelah pelbagai peruntukkan dan dana disalurkan kepada mereka, mereka tetap menolak BN. Mereka telah menikmati pelbagai kejayaan dan pembangunan di bawah kerajaan BN sebelum ini.Apakah faktor yang membuatkan rakyat terus menolak BN? Adakah ini memberi gambaran BN sudah mula tidak diterima oleh rakyat lagi? Dan tidak relevan lagikah BN atau UMNO di masa hadapan. Bagaimana jikalau trend penurunan sokongan terhadap BN berterusan sebegini sehingga pilihanraya umum akan datang?

BN tewas bukanlah disebabkan pembangkang itu kuat tetapi masalah yang dihadapi oleh UMNO dan BN itu sendiri. Walaupun BN cuba menafikan faktor calon sebagai satu punca kekalahan mereka dalam pilihanraya kecil tersebut yang dinafikan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin tetapi ramai berpendapat bahawa faktor calonlah yang sebenarnya menyebabkan mereka kehilangan kerusi tersebut dan ternyatalah strategi yang digunakan oleh PAS berkesan sekaligus membawa kemenangan kepada mereka. PAS pada mulanya juga menghadapi masalah dengan isu calon ini. Mereka dikatakan sukar untuk meletakkan calon yang sesuai kerana tidak terdapat kata putus berhubung dengan soal calon ini. Buktinya PAS mengumumkan calonnya lewat beberapa minggu dari BN. Sebelum PAS mengumumkan calon yang bakal bertanding di kawasan tersebut BN dilihat mampu mengekalkan kerusi tersebut tetapi keadaan ini berubah apabila PAS mengumumkan calon mereka sokong rakyat semakin berubah terutamanya semasa tempoh berkempen dan jentera parti BN cuba menyekat sokongan rakyat terhadap PAS namun mereka gagal dan kehilangan kerusi yang sebelum ini disandang oleh mereka.

Strategi yang diggunakan oleh BN adalah berbeza walaupun BN menggumumkan calon mereka lebih awal, yang merupakan satu langkah yang baik dengan kononnya mereka berharap agar terdapat masa bagi pegundi-pegundi dapat mengenali calon tersebut terlebih dahulu yang sebelum ini tidak dikenali mereka. BN berani mempertaruhkan calon tersebut yang digambarkan PAS sebagai calon elit yang tidak berlatar belakang agama atau pendidikan dan yang merupakan seorang peguam sivil. BN seharusnya tidak tergesa-gesa meletakkan calon mereka tanpa kajian secara menyeluruh yang meliputi keperluan pegundi-pegundi di kawasan tersebut. BN bukan sahaja harus meletakkan calon yang terbaik tetapi apa yang lebih penting penerimaan masyarakat terhadap calon tersebut. Jelas di sini calon tersebut tidak dapat diterima oleh rakyat Kuala Terengganu.

Mohd Abdul Wahid Endut yang merupakan wakil rakyat PAS yang selama 5 penggal berturut-turut menguasai N13 DUN Wakaf Mempelam sejak dari 1990 lagi. Beliau merupakan wakil rakyat PAS yang berkhidmat cemerlang dan disenangi penduduk di kawasan tersebut. Kini beliau diterima masyarakat Kuala Terengganu sebagai wakil mereka di parlimen. Sekaligus mereka menolak Datuk Wan Farid yang digambar kurang mesra rakyat.

Calon yang dipilih hendaklah menepati pilihan rakyat kerana rakyat yang akan menentukan calon-calon pilih mereka bukannya pemimpin pemimpin parti.Walaupun calon-calon yang dipilih itu berjaya dengan kelulusan yang tinggi tetapi tidaklah bermakna mereka mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat terutamanya rakyat di peringkat bawahan. Perkara begini hendaklah diberi penekanan yang serius oleh BN di masa akan datang. Setiap faktor yang berkemungkinan hendaklah diteliti dan dikaji oleh BN dan soal calon termasuklah dalam soal ini yang harus diberi penekanan terutamanya di kawasan BN dan pembangkang seimbang. Rakyat menilai bukannya berasaskan perjuangan parti semata-mata tetapi juga berpandukan kepada calon yang akan mewakili mereka yang akan membawa suara mereka, yang akan membantu dan menolong mereka.

BN juga hendaklah peka dengan masalah rakyat dan bukan hanya menunjuk muka secara bermusim iaitu semasa pilihan raya sahaja. Perkara ini tidak disukai oleh rakyat. Pemimpin sebegini jelas bermuka-muka dan tidak ikhlas bekerja untuk rakyat.Pemimpin yang yang dipilih hendaklah bebas daripada sebarang isu dan mempunyai persenaliti yang baik, calon hendaklah bebas rasuah dan penyelewengan. Kepada calon-calon BN di masa akan datang hendaklah ditapis dengan sebaik mungkin,ini adalah penting bagi memastikan kemenangan BN di masa akan datang dan mengelakkan BN daripada berkubur di masa hadapan.

BN hendaklah menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka dan hendaklah menilai balik strategi yang telah mereka atur dan susun. BN kini yang diterajui oleh UMNO hendaklah segera bangkit,mengatur dan menyusun strategi bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 jika mahu terus berkuasa. Dato Seri Najib Tun Razak yang akan mengalih alih kerajaan Mac ini hendaklah segera bertindak bermula detik dan ketika ini menyusun strategi mengenal pasti kelemahan parti. Walaupun PRU 13 masih jauh BN tidak seharusnya leka, BN hendaklah mengenal pasti terlebih dahulu calon-calon BN yang akan bertanding di kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada PRU 13 nanti dan bukannya 2 atau 3 bulan sebelum PRU 13 baru hendak mengenalpasti calon-calon tersebut. Pengagihan kerusi dalam parti komponen BN juga tidak seharusnya menjadi isu dan perkara ini boleh diselesaikan dengan baik menerusi konsep permuafakatan dalam Barisan Nasional. Pastikan calon-calon tersebut diterima oleh masyarakat

Hentikan segera isu-isu kroni, melobi dan rasuah yang banyak memusnahkan UMNO.
Sedarlah UMNO bahawa rakyat sudah meluat dengan isu-isu tersebut, pilihlah mereka yang berjiwa rakyat, bersih dan ikhlas berkerja untuk rakyat. Kepada pemimpin UMNO yang masih tidak sedarkan diri maka ingatlah anda akan jatuh suatu hari nanti dan rakyat pasti akan menghukum anda. Semoga kekalahan pilihan raya kecil di Kuala Terengganu ini menginsafi UMNO dan BN untuk menilai kelemahan dan kekurangan yang ada bagi memastikan BN terus diterima rakyat di masa akan datang.

PRU 12


Pilihan Raya Umum ke 12 ( 8 Mac 2008)
Keputusan pilihan raya umum ke 12 telah memberi perubahan besar ke atas iklim suasana politik dalam negara kita, suasana politik telah banyak berubah. BN atau parti pemerintah ( Barisan Nasional) telah hilang penguasaan terhadap 5 negeri buat pertama kalinya dalam sejarah apabila pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di negeri tersebut. Daripada 222 kerusi parlimen sebanyak 140 kerusi yang dimenangi BN iaitu dengan hanya kemenangan majoriti mudah BN mentadbir negara. Keputusan tersebut merupakan keputusan terburuk BN dalam sejarah pilihan raya negara. Sokongan pengundi-pegundi Cina dan India telah terarah kepada pembangkang. Mereka dilihat tidak lagi menyokong BN. Mereka sanggup mengundi calon yang berlainan bangsa dan agama dalam pilihan raya lepas. Sebagai contoh Selangor negeri paling maju dan berjaya di Malaysia telah jatuh ke tangan pembangkang dengan majoriti 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Menteri Besar iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya setahun sebelum tewas kepada K. Parthiban, calon MIC-BN ( India) pada pilihan raya kecil Ijok dengan majoriti 1850 undi. Pada kali ini Khalid telah berjaya mengubah nasibnya dengan majoriti 1920 undi dalam tempoh tidak sampai setahun di kawasan pegundi-pegundi India itu sendiri!

Begitu juga dengan nasib, Dato Seri Samy Vellu iaitu Presiden MIC ( Orang India nombor satu dalam Malaysia) Beliau telah memegang tampuh parti tersebut selama 34 tahun sebelum ini turut tewas.“Kesemua penyokong pembangkang boleh datang namun saya tetap akan menang, dan jeyakumar boleh bertanding 25 kali tetapi saya tetap akan menang di Sungai Siput” Katanya sebelum keputusan pilihan raya diumumkan dan akhirnya beliau kalah dan tunduk kepada Dr. Micheal Jeyakumar dengan majoriti 1821 undi. Ramai calon-calon pembangkang yang tidak dikenali telah mendapat kejayaan dan kemenangan yang besar menewaskan calon-calon popular BN yang lain seperti Profesor Ramasamy ( India dan kini Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang) berjaya menewaskan Dr Koh Tsu Koon ( Presiden Gerakan dan Bekas ketua menteri Pulau Pinang selama 17 tahun) dengan majoriti yang sangat besar iaitu kira-kira 10 000 undi di kawasan kerusi yang mempunyai majoriti pegundi cina yang sangat ramai. Begitu juga dengan M. Kayveas ( Presiden Parti Progesif Penduduk- BN) telah tewas kepada Nga Kor Ming dari DAP di Kerusi Parlimen Taiping dengan majoriti yang sangat besar iaitu 11 298 undi di mana kawasan tersebut mempunyai komposisi Kaum Cina dan India yang hampir seimbang.

Calon yang terlibat dengan Pita V. K. Lingam yang banyak menimbulkan perbagai persoalan dan kontroversi juga telah mencatatkan kemenangan yang besar melalui individu-individu berikut iaitu Wee Choo Keong yang merupakan peguam mewakili abang V.K Lingam, Thirunamakarasu yang bertanding di Parlimen Wangsa Maju menang dengan majority 150 undi, Gwo Burne Loh yang mengaku merakam pita V.K. Lingam yang juga masuk bertanding menang dengan majoriti 5031 undi atas tiket PKR.

Keputusan Pilihan raya umum ke 12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 merupakan manifestasi rakyat terhadap Barisan Nasional. Dikalangan pengundi melayu seperti biasa orang Melayu akan berpecah undi kepada iaitu 50 % UMNO dan 50% PAS. Tetapi PRU 12 Baru-baru ini undi melayu telah berpecah kepada 3 iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Yang menjadi penentu ialah pengundi-pengundi bukan melayu iaitu Orang Cina dan India. Sokongan mereka terhadap BN adalah amat penting bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak yang baru mengambil alih negara pada 3 April baru-baru ini adalah bermaksud kita berkongsi satu bahasa, satu budaya dan satu negara, memiliki satu identiti kebangsaan yang diamal dan dikongsi secara bersama, disamping berbangga dan megah dengan identiti kebangsaan yang diamalkan. Selain itu berkongsi hasrat, visi dan misi bagi setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan warna kulit. Sebenarnya konsep satu Malaysia diperkenalkan adalah untuk memulihkan perpaduan di kalangan rakyat negara kita yang dilihat berpecah dan tidak lagi dilihat menyokong kerajaan. Dalam usaha kerajaan untuk menarik sokongan orang-orang Cina dan India yang kini dilihat amat terarah kepada pembangkang, konsep satu Malaysia telah diperkenalkan untuk menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan. Keputusan PRU 12 adalah manifestasi rakyat terhadap kerajaan khususnya UMNO. Rakyat khususnya golongan bukan bumiputera merasa amat marah dan tidak puas hati kepada kerajaan disebabkan beberapa isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan. Ini diburukkan lagi dengan tindakkan pihak tertentu yang cuba membangkitkan isu perkauman dalam hal ini.

Parti pembangkang memainkan isu perkauman seperti penindasan terhadap golongan kaum-kaum tertentu seperti India. Peluang pendidikan seperti basiswa tidak sama rata terhadap kaum Cina. Isu Hindraf (Hindu Rights Action Force) yang membawa kepada penahanan pemimpinnya yang didakwa pembangkang sebagai zalim dan tidak sah. Isu Hindraf di kalangan Orang-Orang India adalah kemuncak daripada peristiwa atau deretan yang berlaku sebelum ini. HINDRAF adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak kaum India. HINDRAF begitu lantang mengkritik kerajaan. Kemarahan kaum India terhadap kerajaan adalah berpunca daripada tindakkan Polis (kakitangan kerajaan yang dikuasai oleh golongan melayu) dianggap sering berat sebelah dan menzalimi kaum India. Percerobohan terhadap kuil-kuil dan kezaliman polis terhadap penjenayah menbangkitkan kemarahan kaum-kaum tertentu yang didakwa sebagai penindasan dan diskriminasi . Tahanan India khususnya ramai yang mati didakwa dizalimi dan dikasari oleh pihak polis. Dalam tempoh 5 tahun, lebih dari 5 orang tahanan India yang berada di dalam kawalan polis mati dipukul dan dikasari oleh polis. Dalam tempoh kurang dua tahun lebih 15 kuil telah dirobohkan oleh Kerajaan Selangor yang ketika itu di bawah kepimpinan UMNO, Dato Seri Khir Toyo. Isu setinggan yang dirobohkan tanpa pembelaan dan keadilan yang sewajarnya kepada rakyat telah membangkitkan kebencian yang meluat terhadap kerajaan yang didakwa bertindak zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Apatah lagi kemarahan golongan India ini diexplotasikan oleh pembangkang. Umno yang menguasai kerajaan dan jentera kerajaan dikatakan sebagai dalang menzalimi rakyat kaum Cina dan India. Semua ini adalah faktor yang membangkitkan kemarahan rakyat sekaligus menolak BN yang diterjemahkan melalui undi dalam pilihan raya umum lalu. Kepimpinan BN seharusnya bertindak bijak dengan memindahkan Khir Toyo ke kerusi parlimen, sekurang-kurangnya ia dapat menyelamatkan Selangor dari jatuh ke tangan pembangkang.

Konsep satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan yang diperkenalkan oleh kepimpinan baru negara adalah merupakan satu langkah dan permulaan yang baik dalam konteks hubungan antara kaum yang baru disampaikan tidak sampai setahun pun lagi ( Tiada bukti untuk menunjukkan kejayaan konsep tersebut dan masih diperingkat penerimaan dan penyesuaian oleh rakyat). Konsep ini diyakini dapat memulihkan hubungan antara rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang dilihat seolah-olah rapuh kini. Melalui konsep yang cuba diterapkan ini akan mampu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Konsep ini adalah bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara kita. Ia diharapkan menjadi realiti dan bukan hanya slogan semata-mata. Perpaduan tanpa sebarang prejudis, buruk sangka dan tidak puas hati tidak akan dapat dicapai walaupun mengambil masa yang amat panjang selagi perbezaan dalam sosio tidak dapat dihapuskan.