Saturday, December 26, 2009

KT SENTRAL DAN MINI PUTRAJAYA DI BUKIT BESAR

Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Kerajaan Terengganu akan membangunkan sebuah terminal pengangkutan moden di kawasan Bukit Besar pada tahun hadapan. Terminal pengangkutan itu dikenali sebagai KT SENTRAL yang akan menempatkan segala kemudahan dan infrastuktur untuk keselesaan orang ramai. Terminal ini dipercayai akan menjadi terminal pengangkutan paling moden di pantai timur walaubagaimana pun kerajaan masih tidak belum mengumumkan peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut. KT Sentral adalah sebahagian dari Mini Putrajaya yang akan menempatkan kompleks-kompleks kerajaan dalam keadaan tersusun seperti di Putrajaya. Kawasan yang terlibat dalam projek ini adalah seluas 200 ekar yang melibatkan Kampung- kampung sepertu Kampung Pak Bang dan Kampung Che Long. Projek ini berhampiran dengan GIANT dan MYDIN di Padang Hiliran.

Projek ini sebenarnya telah dirancang sejak sekian lama iaitu dari zaman Tan Sri Wan Mokhtar lagi namun ia terbengkalai semasa di zaman PAS dan projek ini dibangkitkan kembali kini. Namun sudah kedengaran suara-suara dan cerita yang tidak enak didengar, pendudukan kampung yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang diberikan iaitu RM 6 sekaki!!!. Menurut penduduk harga itu adalah 20 tahun dahulu dan mereka meminta kerajaan memberikan pampasan yang lebih tinggi dan memberikan tanah baru sebagai gantinya. Rakyat berharap agar kerajaan membela nasib penduduk kawasan yang terlibat di samping membangunkan projek tersebut dengan segera yang akan menjadi kebanggaan Rakyat Terengganu
































Thursday, December 17, 2009

Malaysia tewaskan Vietnam

MALAYSIA menamatkan penantian 20 tahun pingat emas bola sepak Sukan Sea apabila menewaskan Vietnam 1-0 di Laos. Gol kemenangan hasil jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas adalah pada thaun 1989 di Kuala Lumpur

Monday, December 7, 2009

Malaysia, Terengganu & Keretapi

ADUH MALANGNYA TERENGGANU DARUL IMAN


Ni satu kisah aku nak cerita kat korang, sempena tahun 2010 yang kurang sebulan yang akan tiba dari sekarang, kisahnya bermula macam ni, ada seorang pak cik tu umur dia hampir 53 tahun ( dilahirkan pada tahun 1957 iaitu tahun negara kita mencapai kemerdekan, bebas dari penjajah). Pakcik ni dilahirkan di negeri Selangor, negeri paling maju di Malaysia dari semua segi dan menetap di lembah klang berhampiran kawasan ibu negara, Kuala Lumpur. Pak cik ini x pernah kuar ke negeri lain apatah lagi pantai timur.

Suatu hari ini pak cik ni gi kelantan, itu pertama kalinya dia gi kelantan. Sampai di Kelantan. Pak cik ni pergi ke stesen ketereapi, alangkah terkejutnya pak cik tu apabila tengok stesen keterapi kelantan yang buruk, kotor dan usang itu. Terus pak cik tu membandingkan stesen keterapi tersebut dengan stesen keretapi yang terdapat di lembah klang iaitu KL sentral, Tak lama kemudian keretapi pun tiba, wah buruknya keretapi kat kelantan ini bisik pak cik tersebut di dalam hatinya. Pak cik ni kemudian membandingkan system pengangkutan yang ada canggih, cantik dan mahal di lembah klang seperti LRT- STAR, PUTRA, MONOREL, KLIA EXPRESS dan segala jenis macam komuter yang terdapat di lembah Klang.

Sebenarnya pak cik ini lupa, keretapi kat kelantan tu sape sebenarnya buat? Kerajaan BN yang ada sekarang ke buat? Bila keretapi kat kelantan tu dibuat? Sebelum merdeka kan, oleh penjajah British. Orang kelantan sepatutnya berterima kasih kepada penjajah British yang membina keretapi di negeri mereka, kalo x jadi macam sebuah negeri tu la, sampai sekarang lebih 50 tahun merdeka x ada sudah keterapi,sahkan keretapi lebuhraya pun x siap-siap lagi, nak harap kerajaan sekarang sampai bila entah dapat entah tidak.Negeri kaya tetapi rakyat still lagi miskin dan ketinggalan, hasil negeri di bahagi-bahagikan kepada kroni-kroni.


Sory to say that Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah dilayan seperti warganegara kelas kedua.Kepada rakyat Terengganu tuntut hak anda!!!!