
Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Kerajaan Terengganu akan membangunkan sebuah terminal pengangkutan moden di kawasan Bukit Besar pada tahun hadapan. Terminal pengangkutan itu dikenali sebagai KT SENTRAL yang akan menempatkan segala kemudahan dan infrastuktur untuk keselesaan orang ramai. Terminal ini dipercayai akan menjadi terminal pengangkutan paling moden di pantai timur walaubagaimana pun kerajaan masih tidak belum mengumumkan peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut. KT Sentral adalah sebahagian dari Mini Putrajaya yang akan menempatkan kompleks-kompleks kerajaan dalam keadaan tersusun seperti di Putrajaya. Kawasan yang terlibat dalam projek ini adalah seluas 200 ekar yang melibatkan Kampung- kampung sepertu Kampung Pak Bang dan Kampung Che Long. Projek ini berhampiran dengan GIANT dan MYDIN di Padang Hiliran.

Projek ini sebenarnya telah dirancang sejak sekian lama iaitu dari zaman Tan Sri Wan Mokhtar lagi namun ia terbengkalai semasa di zaman PAS dan projek ini dibangkitkan kembali kini. Namun sudah kedengaran suara-suara dan cerita yang tidak enak didengar, pendudukan kampung yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang diberikan iaitu RM 6 sekaki!!!. Menurut penduduk harga itu adalah 20 tahun dahulu dan mereka meminta kerajaan memberikan pampasan yang lebih tinggi dan memberikan tanah baru sebagai gantinya. Rakyat berharap agar kerajaan membela nasib penduduk kawasan yang terlibat di samping membangunkan projek tersebut dengan segera yang akan menjadi kebanggaan Rakyat Terengganu
No comments:
Post a Comment