Pertahan Kuasa, Hak Melayu-Tun Mahathir
Oleh : AIDA ABD RAHMAN
Jika kaum lain menganggap orang Melayu mengagihkan kekayaan untuk golongan Melayu sahaja, mereka seharusnya membuat perhitungan dengan teliti dan teratur tanpa membuat anggapan yang tidak berasas.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika berucap sebagai tamu khas program perhimpunan Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini (14 Jun).
Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Gertak, Encik Razali Idris serta lebih 2,000 wakil badan bukan kerajaan (NGO).Tun Dr Mahathir berkata, kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dan sejarah membuktikan Melayu adalah penduduk asal negara sebelum kedatangan kaum minoriti yang lain.
Menurut beliau, jika selepas merdek, kita masih berkuasa menaikkan sedikit kedudukan kaum Melayu, hari ini apa yang `sedikit’ yang terdapat pada kita itu pun hendak dilucutkan kerana didakwa tidak adil.
“Kalau dibuat perhitungan secara terperinci dan teratur siapa yang mendapat nikmat yang banyak atas kemerdekaan negara ini? Jangan kita sekaligus sahaja dengan dakwaan tertentu yang berkata orang Melayu mengambil terlalu banyak untuk diri mereka. Itu anggapan mereka . Sila buat perhitungansecara saintifik, tersusun dan teratur mengenai kekayaan negara kita, peluang yang terdapat dalam negara kita ini. Benarkan orang Melayu rebut segalanya bagi diri mereka?” kata Tun Mahathir lagi.
Malah, apabila disebut mengenai perkara itu, kaum Melayu pasti dianggap bersifat perkauman, bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu kerana agihan tidak boleh dilaksanakan sama rata, sebaliknya perlu dibuat secara adil dan mereka yang ketinggalan hendaklah diberi peluang berbanding mereka yang sudah berjaya, bagi mengelak jurang ketara antara golongan miskin dan kaya.
“Kita tidak harus salahkan sesiapa, kita harus salahkan diri kita sendiri. Kita yang menjadi majoriti dalam negara kita, sekarang ini sudah menjadi `minoriti’ . Dalam sistem demokrasi, puak minoriti tidak akan berkuasa, kita sebagai puak minoriti sudah hilang peluang kita untuk terus berkuasa dalam negara kita,” katanya.
Tun Dr Mahathir, berkata mungkin benar ada segelintir pendapat mengatakan jika negara dikuasai orang lain akan bertambah maju sebagaimana Singapura, yang dulunya milik Johor dan negeri Melayu, tetapi kerana tawaran wang negeri itu sanggup dijual kepada pihak British.
Akhirnya Singapura menjadi negari yang berasingan daripada kita, di mana penduduknya Melayunya hanyalah 15 peratus dan selebihnya pula dikuasai oleh kaum lain. Apabila kita menjadi minoriti dan lemah pastinya kita pula akan dikuasai pihak lain, kata Tun Mahathir lagi.
Di sebalik kemajuan Singapura kerana pemerintahan yang cekap, bagaimana pula kedudukan dan nasib kaum minoriti (Melayu) itu kini.
Kaum Melayu di negara ini juga akan menerima kesan yang sama sekiranya tidak lagi berkuasa kerana pihak lain tidak akan menjaga kepentingan kita.
“Kita bukan kata mereka mengutamakan kaum mereka. Tidak (benar dakwaan itu). Mereka tidak sesekali mengutamakan kaum mereka . Hanya mereka utamakan ialah siapa yang memiliki kebolehan yang lebih, merekalah yang berhak mendapat peluang dan mereka yang tidak mempunyai kebolehan tidak harus diberi peluang supaya (mereka) dapat meningkatkan taraf mereka . Inilah yang dipanggilkan meritokrasi.
“Tak payah sebut agama, bangsa ataupun apa, hanya disebut meritokrasi. Saya sedih terpaksa mengakui bahawa kalau kita membuat agihan di negara kita mengikut meritokrasi iaitu memberi kelebihan kepada mereka yang lebih baik, lebih boleh, maka saya fikir orang Melayu tidak akan berjaya,” katanya.
Oleh itu, katanya, kaum Melayu akan ketinggalan dan apabila ketinggalan mereka tidak akan menguasai kuasa dalam negara sekaligus gagal menolong kaum mereka .
Tun Dr Mahathir berkata, akibatnya kemerosotan akan berterusan dan jika hari ini kita menganggap memberi biasiswa kepada orang Melayu sebagai tidak adil, pastinya cerdik pandai yang ada tidak mampu menempatkan diri di tempat sepatutnya jika kita tidak memberi peluang yang lebih kepada mereka.
Sebelum itu, Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kesal apabila pada 1998 ada individu yang mempunyai tabiat tidak baik dan tidak sesuai untuk terus memimpin negara kita, maka dia telah disingkir dan menyertai parti lawan yang lain serta membawa pendapat supaya parti lain bergabung untuk menentang parti Umno.
“Oleh itu, apabila kita perhitungkan apabila 60 peratus pengundi terdiri daripada orang Melayu, tetapi oleh kerana mereka terbahagi kepada tiga sekarang ini, sebenarnya peratusan mereka sudah jadi amat kecil, boleh dikatakan 20 peratus sahaja bagi tiap-tiap parti, dan 20 peratus tiap-tiap parti ini melawan sesama mereka menjadikan orang Melayu ini puak minoriti dalam negara ini.
“Inilah yang berlaku hasil daripada keinginan untuk merebut kuasa yang diutamakan bukan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air sebaliknya untuk mendapatkan kuasa walau dengan apapun alat yang digunakan asalkan dapat menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Unit Komunikasi Negeri
Tuesday, June 15, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Isu, pengundi Cina di Sibu
KEPUTUSAN Pilihan Raya kecil di Sibu berpihaK kepada DAP. Keputusan itu menyimpang daripada status quo kerana kerusi P212 Sibu diisytiharkan kosong selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional lima penggal, Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia pada 9 April 2010.
Pilihan Raya kecil yang berlangsung kelmarin juga merupakan yang ke sebelas sepanjang dua tahun selepas pilihan raya umum pada Mac 2008. Bermula di Permatang Pauh pada Ogos 2008, diikuti dengan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir, Bagan Pinang dan Hulu Selangor; kesemuanya berpihak kepada gabungan parti pembangkang kecuali dua keputusan pilihan raya kecil yang terakhir berpihak kepada BN serta kemenangan di Batang Ai.
Apakah kekalahan Barisan Nasional (BN) di Sibu merupakan petunjuk yang berbeza dengan kemenangan di Hulu Selangor? Adakah kemenangan DAP yang bertanding buat kali pertama di pilihan raya kecil sejak 2008 menunjukkan parti tersebut mendapat kepercayaan pengundi?
Adakah pengundi juga mula serik dengan politiking yang berlebih-lebihan sepanjang tempoh masa berkempen sehingga kadar peratusan yang keluar mengundi jauh daripada jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hanya 59.86 peratus atau 32,742 pengundi berdaftar keluar mengundi. Jumlah undi pos pula adalah 2,537.
Ia memaparkan seolah-olah wujud sifat alienasi ke atas politik yang terbukti dengan kadar peratusan yang amat rendah walaupun dalam pilihan raya umum 2008, peratusan pengundi adalah 68 peratus daripada 53,679 jumlah pengundi berdaftar. Pada tahun 2004, yang keluar mengundi adalah 62.8 peratus. Dalam pilihan raya negeri 2006, yang keluar mengundi adalah 63.7 peratus. Purata yang keluar mengundi sebelum ini adalah sekitar 64.7 peratus.
Peratusan ini dianggap rendah kerana dipengaruhi oleh beberapa sebab, antaranya pendirian bahawa pilihan raya tidak mempunyai makna ke atas mereka atau wujud tanggapan pilihan raya tidak dapat membawa perubahan; pengangkutan dari kawasan penempatan yang jauh, pengundi bekerja di luar Sibu atau protes ke atas pihak tertentu.
Dalam pilihan raya tahun 2008, calon BN menang dengan majoriti 3,235 undi selepas memperolehi 19,138 undi berbanding dengan calon DAP, Wong Ho Leng (15,903 undi) dan Lim Chin Chuang PKR (812 undi). Ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah kerusi Parlimen ini iaitu Bawang Assan, Pelawan dan Nangka turut dimenangi oleh BN dalam pilihan raya negeri 2006.
Calon BN yang kalah Robert Lau Hui Yew telah memberikan saingan hebat kepada calon DAP Wong Ho Leng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan pernah bertanding dalam pilihan raya 2008 di Sibu. Pilihan raya kecil ini juga menyaksikan calon Bebas, Narawi Haron bertanding semula kerana beliau pernah bertanding dalam pilihan raya 1995. Pengundi Cina adalah hampir 67 peratus daripada demografi pemilih berdaftar di P212 diikuti Melayu/Melanau sebanyak 10.5 peratus dan Bumiputera Sarawak 22 peratus.
Sepanjang kempen pilihan raya, pelbagai isu telah dijadikan sebagai bahan kempen. Malahan kedua-dua parti cuba mempengaruhi pengundi berdasarkan kepada isu lokal, negeri dan isu nasional Semenanjung.
Pertembungan pilihan raya kecil sebelum ini yang dilihat menguji personaliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berlaku di Sibu. Sibu menjadi pertembungan untuk meraih sokongan pengundi Cina dan DAP yang majoriti ahlinya merupakan masyarakat Cina meletakkan calon mereka.
Yang memenangkan DAP adalah peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi tinggi berbanding dengan kumpulan etnik lain. Kemenangan DAP juga dipengaruhi oleh peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi atas pagar yang berkecenderungan untuk memangkah berdasarkan kepada isu.
Kebetulan isu yang dilontar dalam pilihan raya kecil kali ini banyak bersandarkan kepada persoalan hak sebagai pengundi untuk menunjukkan protes walaupun pengundi akur tidak dapat mengubah kerajaan dengan hanya sekadar menang di Sibu.
Politik adalah persepsi dan kegagalan BN untuk menukar persepsi yang dibawa oleh pembangkang menyebabkan strategi BN masih di takuk yang sama.
Isu keetnikan dan agama dibawa dalam kempen. Ia menjadi pertembungan SUPP dan DAP yang kedua-duanya mahu menjadi jaguh masyarakat Cina. SUPP perlu membuktikan dalam pilihan raya kecil ini bahawa ia relevan untuk masyarakat Cina setelah kehilangan enam kerusi negeri kepada DAP yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pilihan raya negeri 2006.
Pengundi Cina yang merangkumi hampir 67 peratus demografi pengundi di Sibu sebenarnya merupakan safe deposit DAP, misalnya di kawasan Palawan yang majoritinya adalah pengundi Cina, DAP memperolehi 11,000 undi berbanding BN 5,000 undi. Malahan, dianggarkan undi Cina meningkat sebanyak 10 peratus berpihak kepada DAP berbanding pilihan raya 2008. Ini kerana DAP memobilisasi isu agama, hak kebudayaan, pendidikan, keadilan, salah laku seperti nepotisme, kronisme rasuah, ekonomi serta pekerjaan dan banjir.
Pembunuhan karakter tidak terkecuali ke atas calon BN dan Tan Sri Taib Mahmud yang telah 29 tahun menjadi Ketua Menteri. Dominasi keluarga beliau ke atas ekonomi negeri dan hegemoni PBB menjadi modal DAP dan masyarakat Cina di sini tidak lagi memberi keutamaan ke atas isu pembangunan.
Isu perkataan 'Allah' menjadi mainan politik tanpa memikirkan sensitiviti antara etnik menyebabkan ia menjadi dominan; juga provokasi isu pembakaran 5,000 kitab Injil di Semenanjung.
Mengapakah SUPP gagal menangkis serangan sedemikian rupa atau membiarkan isu tersebut mendapat perhatian umum? DAP meneruskan agenda pilihan raya sebagaimana yang dilaungkan dalam pilihan raya kecil sebelum ini iaitu 'Sibu4Change, Jom Ubah', walaupun bagi BN perubahan sudah berlaku dan BN mampu berubah.
Strategi DAP jelas mirip kepada usaha untuk menumbangkan kerajaan Gerakan di Pulau Pinang pada Mac 2008 dengan sentimen populis dan usaha meraih sokongan bersifat protes jelas pada saat-saat akhir sebelum waktu kempen berakhir. Jika pengundi membanjiri Chung Hin di Pulau Pinang pada 7 Mac 2008; masyarakat Cina khususnya berpusu-pusu memenuhi ruang legar Hotel Paramount pada 15 Mei 2010.
Pengundi Cina terus menghantui strategi BN dan yang jelas, mereka menjadi kingmaker dalam mana-mana pilihan raya. Pengundi Cina tidak akan berganjak dalam suasana apabila mereka sedar akan menjadi 'penentu' dalam konteks hala tuju kepimpinan dan pentadbiran negara. Yang nyata, baik di Bukit Gantang, Hulu Selangor mahupun Sibu, trend pola pengundian pengundi Cina telah memenangkan calon gabungan parti pembangkang dan melemahkan kekuatan BN.
Walaupun Najib menghampiri pengundi dan jujur untuk membangunkan kedudukan di Sarawak sejak beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, ternyata itu tidak cukup bagi pengundi Cina khususnya.
Walaupun ramai menyoal perbelanjaan dana oleh BN termasuk RM18 juta untuk sekolah vernakular aliran Cina, beliau akur dengan meminta pengundi bantu calon partinya. Ketara, sokongan pengundi Cina tidak berubah untuk terus memberi sokongan kepada DAP.
BN yang banyak bergantung kepada pengundi pengundi Iban dan Melayu Melanau juga perlu menilai semula dan menghalusi kemerosotan sokongan pengundi ini sehingga mempengaruhi pola pengundian dan kadar peratusan yang keluar mengundi.
Undi DAP meningkat sebanyak 2,942 undi manakala bagi BN, ia merosot sebanyak 691 undi jika perbandingan dilakukan ke atas pencapaian keputusan Mac 2008 dan Mei 2010.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa tanpa sokongan pengundi Cina, BN yang selama ini bergantung kepada sokongan mantap pengundi Iban dan Melayu Melanau akan berada dalam keadaan kritikal. Di Hulu Selangor, calon BN menang dengan sokongan pengundi Melayu dan India. Bermakna, petanda kekalahan BN menjurus kepada persoalan selama manakah pengundi Cina akan meneruskan trend pengundian sedemikian rupa dan apakah pakatan pembangkang akan terus memobilisasi sokongan masyarakat Cina untuk meraih sokongan?
Dalam perubahan pendekatan BN untuk memenangi semula pengundi Cina, adakah pakatan pembangkang pula akan cuba mendekati pengundi Melayu? Politik sudah tidak mengenali sensitiviti mana-mana kelompok etnik atas nama mahukan kemenangan; masih terikat dengan garis perkauman.
Keputusan pilihan raya dan strategi kempen akan dinilai semula oleh kedua-dua parti kerana semangat dan pendekatan yang sama akan digunakan dalam pilihan raya negeri. Terikat dengan amalan konvensional dengan hanya bergantung kepada trek rekod lama perlu diubah.
Yang penting, jentera parti tidak perlu menunggu sehingga Najib datang. Faktor Najib harus menjadi 'pemangkin' tetapi pasukan parti harus lebih teliti dari segi perancangan dan kejayaan bergantung kepada semangat berpasukan.
Strategi dengan kepelbagaian pendekatan ke atas isu semasa penting untuk disesuaikan dengan kumpulan sasar yang berbeza apatah lagi hari ini anak yang berpendidikan mempunyai tendensi yang tinggi untuk mempengaruhi ibu bapa mereka dan bukan disebaliknya. Bagi SUPP, walaupun tewas, ini bukan luar biasa. Bagi DAP walaupun menang, ini bukan kemenangan selesa.
Keputusan Sibu bukan penolakan berlaku ke atas pentadbiran Najib tetapi bersifat protes ke atas kepimpinan negeri yang masih leka dengan sumbangan besar dalam pilihan raya umum lalu.
Bagi DAP, kemenangan ini memberikan legitimasi moral ketika gabungan parti pembangkang berhadapan dengan krisis kepimpinan parti gabungannya.
Safe deposit BN di Sarawak sedikit tergugat dengan keputusan 16 Mei 2010 tetapi jauh daripada itu, keputusan tersebut boleh digunakan untuk menilai semula kekuatan sebenar masing-masing untuk berhadapan dengan ujian sebenar dalam pilihan raya kerajaan negeri yang perlu diadakan tidak berapa lama lagi.
Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Monday, May 10, 2010
LELAKI MUDA BOROS
KUALA LUMPUR 9 Mei – Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.
Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.
Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.
Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus). Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).
Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.
Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.
Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).

Wednesday, May 5, 2010
ANALISA PRK HULU SELANGOR: Kemenangan yang tak perlu dibanggakan
Sumber: Malaysiakini
Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan.
Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078.
Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu.Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi.
'Undi pecah'
Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri, mereka memilih BN.
Antara faktor yang mempengaruhi pegundian ketika itu adalah kerana rakyat di Hulu Selangor, khususnya masyarakat Melayu dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan G Palanivel dari MIC yang memegang kerusi parlimen berkenaan dari 1990 hingga 2008
Sebelum ini, MIC berkeras mahukan timbalan presiden mereka sekali bertanding di Hulu Selangor, namun akar umbi, Umno menentang keputusan itu.
Selain calon muka baru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumpan penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji dan sogokan
Dua yang paling ketara ialah peruntukkan RM3 juta untuk SRJK(C) Rasa dam RM5 juta sebagai bayaran pampasan peneroka Felda Sungai Buaya. Namun umpan itu dengan syarat jika BN memenangi kerusi Hulu Selangor.
Di sebalik semua itu, BN masih gagal mengubah trend pengundian kerana majoriti yang diperolehi mereka pada Ahad lalu masih kekurangan 4,451 daripada apa yang sepatutnya dikumpul daripada tiga kerusi negeri pada pemilihan 2008.
Justeru, Hulu Selangor tidak lagi boleh dikatakan kubu kuat BN
Najib yang menyedari hakikat berkenaan, cuba mengelak soalan wartawan apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya itu adalah bukti rakyat menyokong agenda pembaharuannya.
Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah medan terbaik sebagai pungutan suara bagi rancangan pembaharuannya termasuk Model Ekonomi Malaysia, gagasan 1Malaysia dan program tranformasi kerajaan.
Melayu sokong BN, Cina undi Pakatan
Bagi tujuan perbandingan, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor hampir menyerupai keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bagan Pinang yang menyaksikan pertambahan undi Melayu untuk BN dan pada masa yang sama peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat.
Ini amat ketara sekali di Hulu Selangor apabila BN menang di semua daerah mengundi yang mempunyai majoriti masyarkat Melayu manakala Pakatan menyapu bersih di kawasan Cina.
Pada pusingan kali ini, dianggarkan BN berjaya menguasai 65 peratus undi Melayu yang sekali gus meranapkan harapan PKR untuk merampas sekurang-kurangnya 40 peratus undi Melayu.
Sebagai rujukan, berikut sampel enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).
Menurut laporan akar umbi, insentif kewangan yang ditaburkan oleh Najib dan konco-konco BN serta serangan peribadi ke atas calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu
Namun umpan dan serangan berkenaan tidak berkesan di kalangan masyarakat Cina seperti yang dilihat pada sampel daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.
Sampelnya seperti berikut: Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).
Sepanjang tempoh berkempen, PKR dan DAP menjaja isu Muhyiddin yang mengakui bahawa dia adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia.
Selain itu, kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menggesa masyarakat India dan Cina supaya berterima-kasih kerana diberi taraf warga negara serta isu kematian Teoh Beng Hock terus menjadi modal mereka.
MCA ternyata tidak berdaya menangkis atau mampu memberikan jawapan yang bertenaga tetapi sebaliknya terpaksa membawa Najib datang ke Hulu Selangor untuk menaburkan janji-janji.
Bagi sesetengah penganalisis, pemenang terbesar pada pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah masyarakat Cina. Ini kerana mereka berjaya menyampaikan mesej secara jelas kepada BN dan pada masa yang sama, menerima habuan ataupun akan menerima ganjaran yang dijanjikan.
Apa seterusnya?Di kalangan pengundi India, PKR hanya memenangi satu daripada lima daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India.
Ada yang berpendapat kegagalan PKR menarik sokongan masyarakat India adalah kerana kerajaan negeri Selangor lembap dalam menagani masalah yang dihadapi oleh komuniti itu.
Kegagalan PKR menarik sokongan masyarakat India adalah kerana kerajaan negeri Selangor lembap dalam menagani masalah yang dihadapi oleh komuniti itu.Kegagalan Pakatan Rakyat mendapatkan sokongan daripada Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan Parti Hak Asasi Manusia juga dikatakan membawa padah.

TERENGGANU DARUL IMAN
TERENGGANU DARUL RUNTUH!!!
Stadium dah runtuh.
Masjid dah.
Stesen bas dah,
Universiti pun runtuh,
Lepas ini apa lagi kt Trg yang kan runtuh? sama2 kita tunggu dan lihat.

Saturday, April 17, 2010
Al kisah dua sepupu
Deniel ,berusia 12 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, yang akan menduduki UPSR tahun ini, sepupunya Razif juga sebaya dengannya tetapi tinggal di Terengganu, bapanya amat risau memikirkan tentang prestasi anaknya. UPSR kini tinggal kurang 5 bulan sahaja lagi, Mampukah anaknya mendapat 5A dan mengatasi sepupunya yang hanya bersekolah di kampung.
Setiap hari Deniel akan bangun awal pagi dan menaiki van ke sekolah dengan tambang bulanan sebanyak rm 250 sebulan seorang, adiknya yang berada di tahun 4 dan satu turut menaiki van tersebut, maka tambangnya sahaja sudah rm 750 sebulan. Sedangkan sepupunya yang bersekolah di Terengganu hanya menaiki basikal ke sekolah. Itu belum lagi dikira duit belanja sekolah, duit buku latihan dan duit tuisyen yang mencecah beratusan ringgit setiap bulan, ini memeningkan bapa Deniel yang berkerja di sebuah Bank di Shah Alam. Semuanya duit, duit dan duit.
Scenario berbeza dengan sepupunya Razif,setiap hari setelah sampai ke sekolah terus ke surau sekolah untuk bacaan yasin dan solat hajat. Itulah rutin hariannya setiap pagi. Setelah tamat solat hajat terus ke kelas mengikuti sesi pembalajaran. Buku teks yang berat dan banyak tidak perlu dibawa kerana murid-murid tahun enam di Terengganu menggunakan e-book yang disediakan oleh kerajaan Terenggganu, ini menyebabkan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Tengaharinya ada kelas tambahan tetapi makanan tengahari telah disediakan oleh pihak sekolah melalui dana khas. Begitu juga semasa kelas tambahan masa cuti sekolah dan hujung minggu, makanan juga telah turut disediakan, mereka hanya perlu datang ke sekolah belajar dan makan sahaja.
Semasa belajar di dalam kelas pelbagai lembaran kerja dan buku latihan yang diberikan oleh guru secara percuma yang disediakan khas melalui Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Ini semua menaikkan semangat Razif untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Selain itu kem-kem motivasi yang dibuat khas tanpa mengutip duit murid-murid. lokasi kem-kem atau seminar dibuat di chalet-chalet yang melibatkan peruntukkan yang tinggi, selain itu pencemah jemputan yang terkenal juga dipanggil secara percuma. Bantuan baju, beg, seluar dan kasut sekolah, spek mata yang tidak mampu disediakan oleh kerajaan persekutuan pun disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk murid-murid Terengganu ini. Betapa bertuahnya murid-murid di Terengganu Darul Iman ini. Pelbagai kemudahan disediakan untuk mereka.
Itu belum dikira lagi jika dapat 5A, dapat lagi duit lagi dari kerajaan negeri Terengganu disamping nama akan terpampang di akhbar yang dibayar khas oleh kerajaan Terengganu kepada akhbar Utusan Malaysia untuk semua murid-murid seluruh Terengganu yang dapat 5A. Begitu juga PMR, SPM dan STPM.
Setelah UPSR berlalu dan tibalah hari keputusan UPSR diumumkan, seperti biasa Terengganu terus menjuarai keputusan UPSR buat 10 tahun berturut-turut mengatasi Selangor dan Pulau Pinang dan Razif telah mendapat 5A sedangkan Deniel hanya mendapat 3 A 2 B.
TERENGGANU TERUS MENGUNGGULI PENDIDIKAN!!!
Monday, April 12, 2010
Usul Agar Dewan Undangan Negeri Menyelesaikan Masalah “Mat Rempit”
Cadangan Di bawah Fasal 30 Peraturan -Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu
Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai
Dato’ Yang Dipertua,
Saya memohon izin dan mencadangkan untuk mengemukakan satu usul di bawah fasal 30 supaya persidangan Dewan ditangguhkan bagi maksud merundingkan satu perkara yang tertentu dan mustahak bagi orang ramai dan perlu disegerakan.
Perkara : Usul agar dewan Undangan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan menyokong supaya Kerajaan Negeri Terengganu menyegerakan langkah-langkah pro aktif dan pelan bertindak bersepadu untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit” yang berlaku dalam negeri ini.
Kesyukuran kepada Allah dengan taufiq dan hidayatnya, saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin membawa dan mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri yang mulia agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri membahas dan mendesak Kerajaan Negeri Terengganu agar bertindak segera untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit”.
Dato’ Yang Dipertua,
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Mengikut kajian dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail baru-baru ini didapati pembabitan remaja Melayu mencapai 95 peratus daripada keseluruhan Mat Rempit di seluruh negara.
Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas yang kebanyakan daripada mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun.
Masalah “Mat Rempit” juga membimbangkan di Negeri Terengganu. Permasalahan boleh diperhatikan di jalan-jalan, khususnya pada waktu malam-malam minggu. Tangkapan yang dibuatkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia terhadap kesalahan “Mat Rempit” yang terpapar di akhbar-akhbar menambahkan kebimbangan ini. Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu perlu melakukan tindakan segera dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan. Terima Kasih.
MOHD NOR BIN HAMZAH
ADUN BUKIT PAYONG
06 April 2010 bersamaan 21 Rabiulakhir 1431

Saturday, April 10, 2010
Saturday, April 3, 2010
Bandar Baru Kijal Bakal Jadi Hub Tekstil Pantai Timur
KEMAMAN, 3 April (Bernama) -- Bandar Baru Kijal (BBK) yang terletak kira-kira-kira 10 kilometer dari Bandar Chukai di sini, bakal menjadi hub tekstil di Pantai Timur apabila 44 unit rumah kedai tiga tingkat yang dibina untuk tujuan itu siap menjelang September ini.Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata rumah kedai itu disasarkan sebagai lokasi pengusaha tekstil dari dalam dan luar negara memasarkan produk mereka."Kita jangkakan projek ini akan siap sebelum bulan puasa nanti (Ogos) dan ianya akan menjadi pusat untuk peniaga-peniaga tekstil termasuk dari Nilai 3, di Negeri Sembilan, Jalan Masjid India mahupun dari luar negara termasuk Thailand untuk memasarkan produk mereka."Jadi dengan itu rakyat di sebelah Pantai Timur tidak lagi perlu ke Nilai 3 untuk berbelanja," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Ahmad yang ditemui selepas majlis penanaman 100 batang pokok 'weepy willow' di BBK berkata beliau juga menjangka pusat tekstil itu akan menarik pelancong dari selatan Thailand seperti Yala dan Narathiwat kerana kedudukannya yang lebih dekat berbanding ke Bangkok."Perjalanan ke Kijal cuma mengambil masa tujuh hingga lapan jam berbanding 22 jam untuk ke Bangkok," katanya.Beliau berkata harga tekstil di BBK juga akan jauh lebih murah memandangkan kerajaan negeri telah memohon kepada Jabatan Kastam untuk menubuhkan sebuah 'pelabuhan kering' di situ.Projek pembangunan BBK meliputi kawasan seluas 160 hektar dan rumah kedai tiga tingkat itu adalah pembangunan fasa pertama yang turut menyaksikan pembinaan sebuah hypermarket dan 120 unit kedai.Apabila siap kelak, ianya mampu menjadi penjana ekonomi di Kijal dengan lebih 200 peluang pekerjaan, katanya dan menambah turut dirancang ialah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Hospital Daerah Kemaman.-- BERNAMA
Saturday, March 20, 2010
Najib dan Facebook
Perdana Menteri Malaysia yang ke enam ini nampaknya begitu fanatik dengan Facebook sehingga berbangga dengan jumlah rakan-rakannya di dalam Facebook yang kini mencecah ratusan ribu orang dengan secara purata hampir 1000 orang sehari menjadi rakan Facebook PM sehinggakan baru- baru ini PM telah mengadakan perjumpaan bersama dengan rakan-rakan facebooknya. Rakan-rakan Facebook PM itu dipilih secara rawak dan sesiapa yang bertuah dapatlah bersama PM di majlis itu.
Bagi saya ia adalah sesuatu yang sangat tidak adil dan wajar. Sepatutnya PM tidak menghabiskan masa dengan berfacebook. Jika nak sangat berfacebook lebih baik letak jawatan join anak-anak muda kita yang gila berfacebook, berfacebook la 24 jam, tidak ada orang kisah pun. Amat malanglah Malaysia jika PM nya gilakan facebook. Agenda ekonomi, masalah sosial, penduduk luar bandar yang miskin haruslah diutamakan. PM yang menggunakan medium berteknologi tinggi ini yang kononnya untuk berhubung dengan rakyat adalah sebenarnya menindas penduduk-penduduk di luar bandar yang tidak terdapat kemudahan komunikasi tersebut. Hanya rakyat yang tinggal di bandar dan kaya sahaja dapat menyampaikan masalah dan pendapat mereka terus menerusi Facebook.Ini adalah sangat tidak adil sama sekali, bagaimana penduduk Sabah dan Sarawak?Dapatkah golongan ini meluahkan masalah dan pandangan mereka terus kepada kerajaan menggunakan medium ini?
1 Malaysia
1 Facebook

Saturday, March 13, 2010
MZ HAKUJAYA MILIK KETUA PEMUDA UMNO TERENGGANU?

Saya amat terkejut apabila mengetahui syarikat MZ Hakujaya adalah milik ketua pemuda UMNO Terengganu iaitu Saiful Bahri Baharudin melalui sebuah laman web politik baru-baru ini.
Syarikat MZ Hakujaya ialah syarikat pembinaan Gred G7 itu telah mendapat kontrak pembinaan sebanyak hampir RM200 juta sejak tahun 1997.Maklumat yang dipaparkan dalam Direktori CIDB menyatakan M.Hakujaya Sdn Bhd beralamat di Wisma MZ Lot 1241, Gelugur Kedai, Kuala Terengganu.
Yang terbaru, sebelum dianugerahkan Projek Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong yang bernilai beratusan juta ringgit,syarikat tersebut juga baru saja mendapat projek Pembangunan Projek Pendidikan Bg Sek. Keb. Kompleks Tembesu (24 Bilik Darjah), Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, yang bernilai RM23 juta pada 30 September, 2009
Melalui data-data yang diperolehi Rekod perolehan projek-projek kerajaan menunjukkan betapa ‘kayanya’ Ketua Pemuda Umno Terengganu itu.
Thursday, March 11, 2010
Terengganu Terus Ungguli Pendidikan
Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan umum apabila Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan serentak di seluruh negeri hari ini turut merekodkan peningkatan gred purata daripada 5.27 (2008) kepada 5.08 yang mengatasi pencapaian peringkat nasional (5.34).
Untuk rekod, semakin kecil nilai gred purata menunjukkan prestasi semakin meningkat.
Selain gred purata yang meningkat, Terengganu juga menunjukkan peningkatan dari segi peratus calon yang memperolehi semua A, peratus lulus semua subjek, peratus minimum C dan peningkatan calon layak mendapat sijil SPM.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Ariffin Embong, berkata peratusan calon yang mendapat semua A dalam semua subjek yang diambil meningkat daripada 1.35 peratus (295 calon) pada 2008 kepada 1.59 peratus (355 calon) tahun ini.
Manakala peratusan lulus semua subjek meningkat 3.97 peratus daripada 51.03 peratus atau 11,166 calon (2008) kepada 55 peratus atau 12,285 calon tahun ini.
Katanya, peratus minimum C dalam semua subjek juga meningkat sebanyak 1.45 peratus daripada 15.94 peratus (3,883 calon) pada 2008 kepada 17.38 peratus (3,487 calon) pada 2009.
“Alhamadulillah, keputusan SPM 2009 bagi sekolah seluruh Terengganu sekali lagi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam semua aspek berbanding tahun lalu.
“Ini semua terhasil daripada kerja kuat dan sokongan kerajaan negeri, calon SPM, pengetua dan pentadbir sekolah, guru-guru, warga kerja Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan semua warga Pejabat Pelajaran Daerah,” kata beliau sejurus mengumumkan keputusan SPM 2009, di Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, hari ini (11 Mac).
SM Sains Kuala Terengganu muncul antara lapan sekolah cemerlang seluruh Terengganu dengan pencapaian gred purata sekolah (gps) 1.841. Manakala sekolah lain adalah Sekolah Berintegrasi Penuh Integrasi Batu Rakit yang memperolehi gps 1.878, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong (2.048), Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu (2.053).
Sekolah lain, SM Sains Sultan Mahmud (2.097); MRSM Kuala Berang (2.115); SM Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik (2.140 dan SM Imtiaz Kuala Terengganu mencapai 2.188

Thursday, January 21, 2010
KOMPLEKS PAYA BUNGA GAGAL?

KUALA TERENGGANU 16 Jan. - Kerajaan negeri kecewa dengan pemaju Kompleks Paya Bunga di Jalan Tok Lam di sini kerana perniagaan di bangunan itu masih belum lagi beroperasi walaupun pembinaannya telah lama siap.Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yow berkata, kegagalan itu sedikit sebanyak turut menjejaskan dan mencacatkan imej bandar Kuala Terengganu kerana ia terletak di pusat bandar.Menurut beliau, kompleks tersebut telah diberikan Sijil Menduduki Sementara yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada September 2007 dengan bersyarat.''Ini supaya sistem pemadam api mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dipasang sebelum diberikan Sijil Layak Menduduki (CFO).''Justeru, kerajaan negeri sudah banyak bertolak ansur dengan pemaju bagi membolehkan kompleks tersebut dibuka sepenuhnya, tetapi nampaknya mereka masih gagal,'' katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Bakti Remaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin di sini hari ini.Tambahnya, kerajaan negeri tidak dapat memastikan masalah sebenar yang dihadapi oleh pemaju hingga menyebabkan operasi perniagaan di kompleks itu masih tertangguh.''Sehubungan itu, saya berharap pihak pemaju dapat menyelesaikan masalah dengan segera agar kompleks tersebut tidak mencacatkan imej bandar Kuala Terengganu,'' katanya yang juga ADUN Bandar.Chin Yow berkata, kira-kira 20 peratus unit kedai di kompleks itu telah dijual, manakala bakinya adalah milik pemaju untuk disewakan kepada orang ramai.Beliau berkata, pada masa ini, sebuah restoran makanan segera telah beroperasi di tingkat bawah kompleks tersebut.Katanya, beliau yakin kompleks tersebut mempunyai potensi besar kerana lokasinya yang terletak di pusat bandar serta berhampiran Perhentian Bas Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan ramai.Difahamkan, kompleks yang dimulakan pembinaannya pada 1996 telah tertangguh seketika berikutan kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998.Bagaimanapun, pembinaan kompleks itu disambung semula pada tahun 2000 dengan tambahan kos sebanyak RM18 juta.Bangunan itu kemudiannya berjaya disiapkan pada Jun 2006 dan mendapat sijil tamat kerja (CPC) pada Ogos 2006.Sijil Menduduki Sementara pula dikeluarkan oleh MBKT pada September 2007.
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)